Hye

Hye..
Welcome to my space..
In my space here, i wanna share with you
about me, my life, and mine... :)
Im sorry because i will use
English + Malay = Rojak

so make sure u
understand what i wrote here

TQ

8/30/16

Aku Melihat

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup temanku yang tiada duka dan pedih,
rupanya dia pandai menutup dahaga dengan rasa bersyukur.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
ternyata dia selalu tunduk pada Alla SWT untuk bergantung.

Setiap hari aku cuba memahami dan mengamati,
ternyata aku kurang mensyukuri nikmatnya.

Tapi satu benda patut aku ketahui,
Allah tak pernah mengurangkan ketetapannya.

#kasihilahi

8/21/16

Bercinta dulu dan Kini

Dulu bila nak suka orang, selalu terdetik, macam mana kalau orang ni tak bagus perangainya? Macam mana kalau orang ni tak macam saya nak, mungkin perangainya tak boleh masuk dengan perangai saya. Atau mungkin, bagaimana kelemahan dia. Adakah akan boleh diselesaikan dengan kelebihan saya yang tak seberapa. Bagaimana dengan kelemahan saya, bolehkah dia terima? Semua berkisar dalam otak pemikiran.

Dan bila berganti masa, semakin dewasa, saya tersedar yang dalam hidup ini kita kadang-kadang suka terlebih dalam berprasangka walhal tuhan menciptakan kita semua untuk saling melengkapi. Dan bila tiba masanya untuk jodoh, terserah pada kita sendiri macam mana nak uruskan antara satu sama lain.

Orang yang matang, bila bercinta dia beri cinta dia tanpa mengharap sebarang balasan. Cukup seorang lagi menerima. Itu sudah membuatkan dia rasa bersyukur. Dia tak perlukan kalian untuk bersyukur Dia juga tak perlu kalian untuk ucap terima kasih. Hatta, dia sendiri berterima kasih kerana kalian terima apa yang diluahkan.

Bila dua orang matang bercinta, mereka akan memperjuangkan bersama-sama apa yang mereka mahu. Mereka sama sekali tidak akan memusnahkan keperibadian satu sama lain untuk menjadi bebas. Dan tiada usaha untuk mengatasi dan menguasai antara satu sama lain.

Yang lelaki rasa ego, yang perempuan rasa dia betul. Penguasaan adalah sejenis kebencian,kemarahan dan permusuhan. Bagaimana cara menguasai mampu jadikan kita lebih baik? Jangan musnahkan kebebasan, jangan harapkan kesempurnaan, jangan wujudkan perhambaan, jangan jadikan penjara,sentiasa bantu membantu. Dan apabila cinta mengalir dengan kebebasan, pasti ada kecantikan. Dengan izin Tuhan.Itu pasti InsyaAllah.

#ceritahijrah

6/1/16

Tahajjud



Tahajjud

Sudah menjadi satu kemestian. Seminggu sekurang2nya dua kali kena tunaikan tahajjud.

Bila Ramadhan pula, berbeza. Tunaikan setiap hari sebaik-baiknya. Bulan PENGAMPUNAN tauuuu.

Seperti sebelum ni, Ramadhan diisi dengan Tahajjud sepenuhnya dlm Bulan Ramadhan.

Kunci dlm kepala, peluang besar ni klu terlepas, rugi weiii. Ya Allah!

Mintak mintak dan mintakkkk banyak2.

Semalas2 kamu, andai cuma terjaga tercelik mata di sepertiga malam, duduk dan berdoalah sepenuhhhh ikhlass. Kerna Allah SWT sedang mnunggu doa2 hambaNya waktu tu.

Janji Allah SWT itu pasti!

Kita selalu fikir orang yg 'pergi' awal sebab Allah SWT syg dia.

TAPI kita lupa yang Allah SWT sayang sangat dekat kita jugak. Setiap sehari peluang yg Dia bagi untuk kita bernafas adalah peluang untuk kita sentiasa ingat dia. Untuk kita bertaubat.

Tapi kita ingat Dia tak? Sayangnya Allah SWT kat kita kan ?
😌
Kita lupa hari ini, tapi Allah SWT bagi lagi hari esok untuk kita bernafas, tapi kita lupa lagi, Dia bagi lagi tambahan hari, sehinggalah kita pergi suatu hari nanti.

_nanarazeek_

10/26/14

TADIKA TASKA DI PUTRAJAYA



Alhamdulillah
Looking for Tadika or Taska at Putrajaya
There is a new established Kindergarten at Putrajaya Presint 14G
Why ISmart? Because they are providing the smart education programs for your child.

Tadika Rafflesia Hana ISmart page:

Blog Tadika Rafflesia Hana ISmart, Putrajaya Presint 14G
Facebook Rafflesia Hana ISmart, Putrahaya Presint 14G




3/12/13

MASALAH ANAK DEGIL, HUBUNGAN IBUBAPA DAN MERTUA ? ?


MASALAH ANAK DEGIL, HUBUNGAN IBUBAPA DAN MERTUA ? ?


TIPS MENANGANI MASALAH ANAK DEGIL, HUBUNGAN IBUBAPA DAN MERTUA
Banyak persoalan menghadapi masalah anak-anak yang degil, cara mengambil hati mertua dan sebagainya telah diajukan dalam ruangan sembang blog ini. Bagaimana kita menghadapi karenah anak-anak, hubungan dengan ibu-bapa walaupun mentua semuanya merupakan disiplin akhlak yang terbaik yang dipimpin Rasululullah untuk dicontohi. Di sini dipaparkan antara jawapan serta panduan yang baik untuk mereka yang bertanya berdasarkan penerangan dalam blog www.supervain.com yang boleh dijadikan pandua berguna kepada semua. Moga menjadi ilmu yang berguna kepada semua pengunjung blog ini.




TIPS MENANGANI ANAK-ANAK
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st=”on”cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. lace w:st=”on”Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Sumber:www.supervain.com

9/21/12

Early Education Part 1 - Introducing Myself Briefly


 Early Education Part 1 - Introducing Myself Briefly



Taking 9 months to make this video hihi . No actually, im very bz with working so dont have much time to make a video . But Insyallah after this i'll make it slowly , one by one .

Im trying to share about the knowledge of Early Education . Because Im really interested with Early Education .



My first video was very bad . Sorry for the quality of the sound . Not clear .Turn up your volume !
Just sharing how I pursued my study in choosing the Early Education Course .Very bad . Look very shyyyy ! I'll try to improve it . There is no important information in my 1st video . huhu . TQ for watching .



8/27/12

Belajar bahasa Brunei .


 Belajar bahasa Brunei .

Kadang-kadang orang susah nak bandingkan mana bahasa Sabah , mana bahasa Sarawak , mana bahasa Brunei . Actually bunyi lebih kurang jak , tapi ada jugak words yang different . Tapi kalau nak dengar betul loghat orang Brunei ni, tak perlu pergi Brunei… korang pergi jak Labuan atau pon Papar , memang lebih kurang sangat2 la tuu .

Saya pon boleh bkurapak (bcakap) Brunei sbb mama saya mmg orang Brunei tapi x lancar sgt la . . Tapi still boleh faham if macik2 cakap hehehe .

Ni saya nak share ckit . . . Contoh perkataan dan ayatnya sekali. . .

  • Ani = Ini
  • Awu = Ya. (Awu banar = Ya Benar)
  • Usin = Duit
  • Indada = Tiada
  • Ia = Dia. ( Kenapa ia? = Kenapa dia?)
  • Kenapa kan = Kenapa tuh?
  • Sangal = Sengal ( Sangal aku kadi kau = Sengal aku dengan dia)
  • Panyap = Kemas (Panyap dulu barang2 ni = Kemas dulu barang2 ni)
  • Limpang = Baring (Kenapa kau limpang? = Kenapa kau baring?_
  • Daras = Over (Ee, darasnya dia tuh! = Ee, overnya dia tuh!)
  • Kameh = Buang air kecil (Aku kan kameh ni = Aku nak kencing ni)
  • Beria = Buang air besar ( Aku kan beria ni = Aku nak buang air besar ni)
  • Ijap = Takut (Eh mambari ijap bha! = Eh, bikin takut jer!)
  • Sasa = Cuci ( Sasa kan dulu pakaian tu = Cuci dulu pakaian tu)
  • Mengantak = Menjerang/Memasak ( Hantakkan dulu air tu = Masakkan dulu air tu)
  • Lai = Sayang (Apa tu lai? = Apa tu sayang?)
  • Mu’a = Muka (Kenapa Mu’anya muram? = Kenapa mukanya muram?)
  • Tarabah = Jatuh ( Sikit lagi aku tarabah tadi = Sikit lagi aku jatuh tadi)
  • Bajaur = Berjalan-jalan ( Tahan juga kau berjaur? = Tahan juga ko berjalan2?)
  • Cuik = Piring kecil (Plate)
  • Kudut = Piring Besar
  • Sasaban = Kayu pemotong makanan
  • Esbok = Peti Sejuk
  • Kepaingan = Kebiasaan
  • Kebuliyangan = Terkejut
  • Kurapak = Sembang
  • Ngalih = Penat
  • Palui = Bodoh
  • Sigup = rokok
  • Malabui = timbul
  • Gulayan = Sayuran
  • Batah = lama
  • Berinut = Berangkat (Berinut lah dulu kami = Berangkatlah dulu kami)
  • Mulih = Pulang/Balik (Bha, mulih tah kamu dulu = Balik lah kami dulu)
 ................................................
 
Other than that , perkataan basic yang selalu diguna plak . . .

1- Bubut = kejar
2- Lusir = lari
3- Nyaman = sedap
4- Bisai = cantik,indah
5- Linggang = lembik
6- Berantam = bergaduh
7- menyeluru = mengejek
8- Buyuk = tipu
9- Kudut =pinggan
10- Auw = iya
11- Ben = van
12- Iskul = sekolah
13- Samak = semak
14- Licak = lembut
15- Piasau = kelapa
16- Palui = bodoh
17- Mulih = balik
18- Berinut = minta diri
19- Limpas = lintas
20- Kampis = nipis
21- Sigup = rokok
22- Bangas = basi
23- Lakat = masih
24- Ingar = bising
25- Pelakian = boyfriend
26- Pebinian = girlfriend
27- Basing = tupai
28- Baie = babi
29- Kuyuk = anjing
30- Tekilala = kenal
31- Sikui = tembikai
32- Kepayas = betik
33- Ambuk = monyet
34- Dian = lilin
35- Bekarap = bekelip
36- Dandam = rindu
37- Semberana = cuai
38- Lagau = panggil
39- Bepanggil/Menitir = kenduri
40- Memapak = menguyah
41- Behibun = begurau
42- Menyasah = cuci kain
43- Pelacahan = parit
44- Bubut = kejar
45- Kama = kotor
46- Tuntul = siput sedut
47- Carik = koyak
48- Merakit = mendekatkan
49- Kepala Tuhut = lutut
50- Buntak = pendek
51- Mengkalakari = menipu
52- Tejulayak = tersadong

53- Mengarabat = tersungkur
54- Pendidip = mancis

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...