Hye

Hye..
Welcome to my space..
In my space here, i wanna share with you
about me, my life, and mine... :)
Im sorry because i will use
English + Malay = Rojak

so make sure u
understand what i wrote here

TQ

3/27/11

tudung untuk tutup aurat atau Trend ?


hari ni semakin ramai kita lihat anak2 muda
wanita yang memakai tudung
Alhamdulillah..



syukurlah semakin ramai yang menyedari tanggungjawab mereka
sebagai 'penumpang' di atas muka bumi ni

dunia fesyen pulak semakin berlumba2
dalam mempamerkan style & gaya terkini dalam bertudung
ada yang produce new ideas ,
and twist old ideas to become new !
perfect job !



di dalam perubahan yang berlaku
adakah cara hidup mereka & behave mereka turut berubah ?
hmm itu yang sering bermain di fikiran

ini tidak bermaksud untuk mencampuri urusan korang di luar sana
urusan dengan Tuhan ( solat or tak solat )
itu aku tak akan masuk campur

tapi apa yang nak disampaikan di sini adalah
soal diri kita dengan masyarakat sekeliling
luaran kita yang boleh dinilai oleh diorang
sebab Tuhan sentiasa menjaga umatnya dan memaafkan
tapi manusia ni tiada siapa boleh menutup mulut mereka
dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka
dari mengatakan sesuatu tentang diri kita

sedikit persoalan :
(korang faham x apa yang aku ulas kat atas ni? baca la semula hehe)

memang tidak dinafikan ,
siapa yang tidak tergugat dengan fesyen2 hari ni
dan aku salah satu dari orang yang addicted into it
sangat2 menarik

aku pakai tudung since darjah 5
sejak dari itu, tudung tak pernah lepas dari aku
even keluar pintu rumah
dad aku dah ajar aku untuk tutup aurat
aku pon xLa sempurna sangat
kadang2 dulu selalu gak tertinggal yang 'wajib2' tu
tapi aku sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan tu
tapi aku rasa Syukur sangat2 sebab tudung dah sebati dengan aku
dan kalau tak pakai tudung rasa malu sangat
macam tak pakai baju

pakai tudung ni pun dah menyelamatkan
kita kaum wanita ni dari api neraka
-bayangkan-
sehari korang keluar tanpa pakai tudung
sehelai rambut x bejuta2 rambut x berapa ramai orang lihat
waaahhh banyakkknyaaa dosa

Tahniah kat korang2
tapi diharap dalam masa sama
behave tu haruslah diselaraskan dengan
perubahan yang dibuat
kalau tak, ibarat tin kosong la kan
kena la pandai jaga tatasusila
adab ketika berdepan dengan masyarakat
adab dalam pergaulan
adab dalam persahabatan
adab dalam bercinta
dan semua2 la





even macam2 fesyen bertudung hari ni
xkesahla korang nak pakai macam mana pun
tapi tolonglah jaga nama baik orang2 yang bertudung
bukan sebab pakaian ketat2 ka, seluar ketat2 ka,
tapi BEHAVE tu


korang sendiri pon nampak kan macam mana
orang2 pakai tudung ni jadi mangsa dalam youtube
cium2 peluk2 dan ada yang sampai berzina
kalau ya pun nak buat jangan la di tempat yang umum
kan dah memalukan diri sendiri
so itulah maksud aku
pasal 'behave' tadi




tu ja yang aku nak share
nanti ada apa2 lagi aku kongsi lagi ok
tuk anak2 muda @ remaja wanita
teruskan bertudung

3 comments:

  1. kte sbgai yg bertudung kne la jga dri..
    bkn sekadar mnutup kpla je..:)

    ReplyDelete
  2. ye . btol tu mysara .
    ni la tanggungjwab kita .
    :)

    ReplyDelete
  3. Awak, masalah masyarakat sekarang, walaupun da bertudung, tapi kita bagi orang tengok perhiasan kecantikan kita macam ambek gamba dekat2 depan kamera pun tak guna jugak. tu da masuk salah satu mempamerkan kecantikan awak. berbalik kepada tujuan kenapa awak tutup aurat? kenapa ALLAH suruh kita tutup aurat? untuk lindungi kita drpd lelaki. lelaki mana yang tak terpikat dengan kecantikan awak yang muka putih mulus tuuuu...

    maka, even awak tutup aurat, perkara tu da boleh jadi sia2. jadi, saya rekemen awak tutup lah aurat, dan janganlah menampakkan perhiasan yang engkau ada. specializekan utk suami. awak tahu kan? harap awak berubah.

    nak berubah kepada yang lebih baikkan awak kata? sentiasa~ "aku sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan"

    berbaliklah kepada tujuan hidup : MENDAPAT REDHA ALLAH.

    adakah dengan letak gmba kita dekat2 bg org laki tgk boleh dapat redha ALlah? sekian. terimakasih.

    maaf, anggaplah teguran ini dari Allah. saya bukan Tuhan, tapi saya mempunyai idea untuk awak jadi orang yang lebih baik :]

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...