Hye

Hye..
Welcome to my space..
In my space here, i wanna share with you
about me, my life, and mine... :)
Im sorry because i will use
English + Malay = Rojak

so make sure u
understand what i wrote here

TQ

4/18/11

Andai Lelaki Tahu . . .

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.


Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

4/17/11

Pendidik & Pengajar Berbeza !



do u knoe pengajar & pendidik sbnrnya bbeza..

PENGAJAR org yg mengajar , xkira verbally or non verbal..



cth: student skolah mngah & rendah :
kita blh ajar diorg ttg ilmu pengetahuan
tapi nak didik mereka amat sukar ,
sometimes YES ada yg brubah, but mostly NOT.
di sini adalah masa yang sesuai untuk mengajar ilmu pengetahuan
jika masa ni baru nak didik , mmg terlambatlah ..


but PENDIDIK adlh org yg bertgjwb mmstikan ssorg itu mmbesar dgn baik or tidak..
salah didik, maka sshlah nak bntuk alam remaja diorg..
segalanya bermula dari rumah & sewaktu mereka pertama sekali masuk sekolah.
di situlah mereka mula mengenal dunia luar..





kita slalu dengar adik2, anak2 kita yg bersekolah tadika berkata:

"mak , cikgu kata kita mesti ...... "
"mak, cikgu kata x elok ...... "
"mak , cikgu kata ...... "


& macam2 lagi.. smua cikgu cakap..
means betapa kuatnya tamparan guru2 tadika & prasekolah ni..
nilai2 murni di ajar sejak dari kecil lagi..
tapi pernah kita dengar budak skolah menengah or rendah cakap macam tu?
susah lah nak dgr kan, lagi2 budak2 sekarang ni
kecik2 lgi otak dah maju..
TV & Internet segala2nya...
apatah lagi budak sekolah menegah...
haishhh....

so, ni menunjukkan betapa pentingnya tugas
seorang guru di peringkat awal umur kanak2
sebagai pendidik +pengajar
salah didik di awal usia, maka susah lah guru2 sekolah rendah dan sekolah menegah nak menyambut diorang..
tapi jika betul didikan maka senanglah tugas guru2 yg seterusnya..


so, kepada guru2 tadika & prasekolah..
ingatlah, tugas & tanggungjwb korang lagi besar..
jujur & ikhlaslah dalam mendidik
ilmu & didikan yg kita sampaikan akn dibawa ke mati
ilmu penting seperti yang dituntut dlm agama
so laksanakan tugas korang sebaiknya
kerana korang adalah parents kedua mereka.. :))
chill ~

4/4/11

pabila Exam tiada




sejak 2 minggu lepas
member2 sibuk ajak keluar
keluar jalan2 before masing2 balik kampung

2 April 2011 adalah tarikh dalam perangcangan
untuk keluar bersama diorang
roomates ku

pagi tu Echa ada exam lagi
kami keluar lepas Echa balik dari exam dalam pkul 11.30
siap punya siap
kami keluar dalam pukul 12.30

dalam perancangan,
kami nak turun kat Jalan Tar dulu
nak cari tudung then nak p Bukit Bintang jalan2

so kamu pon naik la bas dari hostel
turun kat Sogo
kami singgah makan di Pertama
tempat makan makanan kampung paling best
kat belakang The Ship

setelah menunaikan hajat si perut
kami pon gerak la pergi mencari tudung kat sini


you can get the lowest price here !
aku x beli apa2 pun
aku tengok jak diorang belek2 tudung
banyak gak tudung lawa2
tapi macam xda mood nak beli wat masa ni
slalunya xda duit pon mesti beli gak huhu

lepas sejam duk dalam kedai tudung tu
kami pun keluar la
now turn aku beli barang,
tapi bukan untuk aku
untuk my Mom
dia pesan barang
lepas beli barang my Mom
kitorang pon pergi la tunggu bus
kat depan Colloseum (ntah btl x spell ni)
naik bus p Bukit Bintang


Sampai d BB, kitorang turun p Pavilion
aku slalu gak jalan2 kat Pavi
kali ni nak ajak member2 rumah jalan kat sana
shopping kat Pavi? yaixx .. not interested
ada some kedai yg bleh accept la
tapi mostly clothes dia not my taste.
cukupla sekadar jalan, movie or makan kat sana


Ramai gila orang kat Pavi time tu
lepak sana , lepak sini
sakit kepala
maw snap2 pon orang kacau
haishhh wat malu betol.. huhu

tapi sempat la jugak snap cikit....

lepas dari Pavi kitorang p Low Yat
cari 3 headset ni untuk Echa & adik2 Echa



aku pon beli skali tapi yang ini


lepas dah beli barang kat Low Yat
kitorang p la Times Square
kitorang xround habis pon
member2 xlarat dah nak jalan lama
'kaki sakit' huhu
Zaty & Eja shopping baju sikit
memang diorang nak beli baju kat situ
then kitorang duduk2 dalam TS tu
relaxkan kaki setelah nonstop jalan



setelah puas berehat kitorang turun la
p kat bus stop kat seberang tu..
lepas dah puas duduk2
hari dah nak gelap rupanya
so, kitorang pon stay la sampai malam
nak bagi tengok suasana BB waktu malam
kitorang jalan lagi p Sungei Wang
lepak2 depan Maybank
tengok gelagat orang ramai



dalam melihat keadaan kat BB tu
terlintas di fikiran kami,

'syukurlah kami bukan diantara golongan2 budak2 remaja
yang ada di depan kami waktu tu'

'terfikir akan betapa beruntungnya kami, membesar bersama keluarga
dijaga dengan baik oleh keluarga kami'

'sungguh bernasib baik adik beradiku bukan di kalangan mereka'

'macam mana kehidupan diorang akan datang'

'pergaulan bebas dari hujung ke hujung'

'ada yang bangga dengan 'minuman' yang diminum'


inilah masanya dimana kita dapat melihat suasana luar
dan bandingkan dengan diri kita
betapa beruntungnya kita Allah selamatkan dari semua tu

Ustaz kat clge aku pernah kata :
'malam tahun baru, cuba kamu keluar, bawak kereta,
tapi jangan keluar, duduk diam2, dalam masa kesesakan lalulintas tu
di situlah kamu dapat lihat dunia luar dengan nyata
saya nak kamu lihat bagaimana anak2 muda sekarang
menyambut semua ni secara terbuka, tak malu bercumbuan secara bebas
di depan umum, saya tak suruh kamu ikut apa mereka buat,
tapi saya nak kamu lihat betapa jahilnya mereka,
bandingkan betapa beruntungnya kamu bukan dikalangan mereka,
jadikan itu semua sebagai pengajaran kepada kamu'

ehhh melalut panjang dah aku nie...
tapi sharing2 xpa kan...


lepak punya lepak
kami sebenarnya nak tengok orang2 yang slalu wat show kat ctu
tapi malam tu xda
maybe diorang datang lewat kot
hmm, xlarat nak tunggu
jam sudah pukul 8.30
kami pun bangun dan balik
naik Monorail p Chowkit
then naik bus g hostel..


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...