Hye

Hye..
Welcome to my space..
In my space here, i wanna share with you
about me, my life, and mine... :)
Im sorry because i will use
English + Malay = Rojak

so make sure u
understand what i wrote here

TQ

8/1/11

Salam Ramadhan





Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang.
Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang.
Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba.
Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (riwayat Bukhari).

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dilaksanakan, kita perlu memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan berkat ini. Antaranya ialah:

  • Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
  • Mengurangkan tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan.
  • Beriktikaf dalam masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
  • Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
  • Usah terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.

SELAMAT BERPUASA :)

1 comment:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...